Thursday 17 October 2013

berada di tengah itu indah?

kenapa baru sekarang aku sedar yang sememangnya 'things happen for a reason' 
nothing is coincidence, 
and there is wisdom behind everything' 
sebelum ni ayat2 tadi hanya jadi mainan mulut aku
namun hati tetap memberontak, mahukan lebih serta 
masih menagih keadilan.

recently, i've made up my mind nak beraya dengan abah for the first time sepanjang hidup 22 tahun. raya haji, raya korban. ya.mungkin inilah pengorbanan yang aku lakukan  semperna raya korban kali ni. banyak benda aku kena hitung dalam buat keputusan ni. ya aku bukan seorang yang kuat.
 tanpa sahabat yang menjadi penguat semangat dalam membantu aku membuat keputusan yang sememangnya amat sukar untuk aku decide sendiri, memang susah.


***
time tu sampai rumah abah pukul 4 pagi. terima kasih kepada cik (soon to-be-puan) Linda yang sudi hantar depan rumah. tapi dek kerana lupa jalan nak masuk umah abah, maklumlah jarang sekali berpeluang ke rumah abah, aku pun call abah, cakap nak dekat sampai, mohon pentunjuk. sudah dapat satu dua landmark yang abah suggest seperti tunas manja dan sebagainya, jalan tu jadi familiar dan aku berupaya menjumpai rumah abah. sesampai je depan rumah. kereta abah takde. 
yang ada, hanya van niaga yang dipenuhi baju bundle itu saja. disebabkan hujan yang agak lebat. aku hanya menanti didalam kereta smbil mendail kembali no telepon abah. rupa-rupanya the moment aku mintak petunjuk tadi, abah pun gerak pergi tunas manja untuk menjemput ku disana.
*terharu dah kat situ* *bergenang lah jugak di pesisir mata ni*
sesampai je abah kat depan umah dia terus mencapai payung untuk menjemput aku yang masih didalam kereta. ya. mungkin ia perkara yang biasa. namun bagiku, ia telah membuat mata ku bergenang dengan kali kedua.
*terharu lagi*
mungkin. sebab aku jarang balik berjumpanya, mebuatkan perkara-perkara kecil sebegini menjadi teramat istimewa buat ku.

semasuknya aku kedalam rumah, kelihatan adek-adek bergelimpangan, lena dibuai mimpi. tapi dimana ibu? hero yang baru lahir juga tidak kelihatan? ..... rupanya mereka masih dihospital kerana 'muhammad irfan' menghidapi sakit kuning yang agak tinggi bacaannya sehingga di tahan di wad. 

jam menunjukkan pukul 4.30 pagi;

"tadi tido dok dale keto?"
"tido"
"haa, tkyoh tido la lagi, lepas subuh kang tido smula"

lalu, aku pun duduk bersama abah di meja makan. sesambil abah merokok, dia mula mengulit kenangan lama, yang mana bukan sahaja mengundang  genangan air mata, malah curahan air mata membasahi pipi. abah dah masak sangat dengan perangai aku yang memang akan nanges bila dia start cerita kisah2 lama. time dia struggle nak dapatkan aku dulu. dan macam2 lagi. walaupun sesetangah cerita tu dia dah cerita banyak kali, aku tetap menadah telinga mendengarnya, yelah, aku saja lah tempat dia mengadu kisah2 itu. dan dalam masa yang sama, cerita2 itu lah yang aku tagihkan sejak kecil lagi. rancak abah bercerita sehinggalah azan subuh berkumandang. Abah ada jugak cerita yang adek-adek excited tunggu aku balik. 

"siapa nak ikut abah amek kat yuyu?"

*ya. terharu lagi.* aku tak sangka yang mereka excited sepertimana excited nya aku nak jumpa dorang. walaupun hati ini masih dikerumuni rasa awkward. yelah, berapa lama aku tak jumpa dorang. call jarang sekali. kalau call pun aku hanya berborak dengan abah. 

***
ya. aku akui aku lebih rapat dengan adek-adek sebelah mama yang berlainan bin dan binti dengan aku berbanding adek-adek yang ber-bin dan binti kan yang sama. aku lebih berani memarahi adek-adek sebelah mama, meninggi suara dan sebagainya. namun, sebaliknya, seingat aku, tidak pernah aku meninggi suara dengan adek-adek sebelah abah. 
pilih kasih?? 
berat sebelah??
 jauh.. jauh.. jauh sekali malah tidak pernah terselit disudut hati untuk aku membezakan kasih aku pada mereka. jangan. jangan sekali mempersoalkan kasih dan sayang aku pada mereka. 
ya. bukan senang untuk aku hadapi semua ini.
lagi lagi bila berada ditengah seperti ini.
namun ianya tidak pelik. 
ini bukan kali pertama aku berada di tengah.
dulu lagi.
sakit nya berada di tengah ini tuhan saja yang tahu.
tiada tempat mengadu melainkan yang maha Esa.
tersepit.
meronta kasih yang tidak pasti. 
menagih keadilan yang samar.

itu dulu.
ya. mungkin terlambat bagi aku untuk sedar yang sebenarnya aku terlalu mementingkan diri, terlalu memikirkan siksanya aku, tanpa mempedulikan orang lain.
kini, aku sedar, betul-betul sedar.
mereka disekeliling aku juga turut tersiksa. bukan aku seorang.
maafkan aku kerana membutakan mata dengan kesakitan yang konon aku sahaja mangsanya.
jijiknya aku dulu kerana sering menunding jari kepada mereka yang aku anggap penyebab deritaku.
maafkan aku.

Ya Allah, betapa bersyukur aku dilahirkan dengan takdir sebegini. ya, baru sekarang aku sedar bahawa berada ditengah itu sememangnya indah. ya. salah aku kerana mempersoal takdir Allah, dulu. 

***
sabtu sampai rabu. 5 hari jugak aku duduk rumah abah. dapat jugak aku jalankan tanggungjawab aku sebagai kakak sulong yang tidak pernah aku lakukan sebelum ini dirumah abah, sementara ibu dekat wad. sebab sebelum ini. aku tidak berpeluang melakukan semua itu, kerana setiap kali kepulangannya aku ke rumah abah, aku dilayan seperti tetamu oleh ibu. ya. aku paham. ibu tidak mahu menyusahkan aku. yelah. baginya (mungkin),aku bukan anak kandungnya untuk disuruh-suruh. 

ibu dapat keluar wad sehari je, but then kuning adek naik lagi. ibu kena masuk wad lagi. masa ibu dapat tahu kena masuk wad balik. ibu nanges. mungkin dia sudah buntu untuk buat apa lagi supaya kuning adek berkurang. malam rabu, aku dah nak balik rumah mama pulak. abah nak hantar aku malam. jadi sempat lagi aku bantu kerja-kerja yang masih ada. jadi petang tu, aku pun lipat kesemua kain-kain yang telah dibasuh sesambil ibu packing barang nak bawak pergi wad.

sedang aku lipat kain, ibu datang mendekati aku, 

"yu, ibu nak pergi hospital dah ni"

pastu ibu peluk aku. aku tak tahu kenapa aku rasa sebak sangat. aku tak dapat menahan sebak,lalu aku nanges dalam pelukan ibu, dan ibu smbil menangis membisikkan ditelinga ku,

"terima kasih yu, tolong ibu, terima kasih banyak2"

tuhan je tahu sebaknya aku masa itu. aku hanya dapat bantu dia selama 5 hari. 5 hari dan dia berterima kasih sedemikian rupa. 

"ibu, sorry yu dapat bantu sikit je"
"tak, yu dah banyak tolong. doakan baby ya. "

dia cium pipi aku. air mata tak berhenti mengalir. sangat. sangat terharu.
uncle dan mama pula dengan cara mereka.
 tampak tegas. namun sekarang aku nampak kelembutan disebalik tegas mereka
terima kasih ya Rabb. kerana kurniakan aku semua ini.
sesuatu yang aku cari-cari dulu. telah pun dijumpai.
apa yang perlu aku lakukan selama ni adalah buka mata dan fikir positif.
aku silap kerana tidak pernah mencuba sebelum ini.
ampunkan dosaku.

*
*
*

ya. berada di tengah itu sangat indah.

Thursday 3 October 2013

just maybe

maybe i'm just too exited and too focusing on doing something that i love, up to the time that i didn't realize that it actually annoyed people around me. deep inside, i'm so sorry for being selfish, and not sensitive about what others may feel. 

i should learn on how to control my excitement. i really really superreally don't wanna hurt people's feeling. because i do know the feeling of being hurt by someone overreaction.

I'm truly sorry.