Thursday 17 April 2014

atas nama

Apa guna bila nama hanya pada nama. 
Aku tidak mahu namanya, yang aku mahu ertinya.
Apa guna mereka nampak, kalau dalamnya kosong.
Aku disini bukan tunggul dan tak juga aku tuli.


Ya, aku tahu. Itu pun sebab menjaga kain-kain mu.

Bukan, bukan sekali untuk mencela.
Ya, sebab aku peduli, sebab aku khuatir.


Diam aku bukan bendul. 

Ya, aku butakan mata.
Yang mana aku ternampak, aku butakan lagi.
Tidak bermakna aku biarkan, atau relakan, atau tidak peduli.

Ya, aku mahu suara mu, kepekikanmu.
Buat apa aku bertanya, jika tidak mahukan aku tahu.

Atas nama, bukan? 

p/s: aku penat. kau juga begitu, bukan?


No comments:

Post a Comment