Thursday, 17 October 2013

berada di tengah itu indah?

kenapa baru sekarang aku sedar yang sememangnya 'things happen for a reason' 
nothing is coincidence, 
and there is wisdom behind everything' 
sebelum ni ayat2 tadi hanya jadi mainan mulut aku
namun hati tetap memberontak, mahukan lebih serta 
masih menagih keadilan.

recently, i've made up my mind nak beraya dengan abah for the first time sepanjang hidup 22 tahun. raya haji, raya korban. ya.mungkin inilah pengorbanan yang aku lakukan  semperna raya korban kali ni. banyak benda aku kena hitung dalam buat keputusan ni. ya aku bukan seorang yang kuat.
 tanpa sahabat yang menjadi penguat semangat dalam membantu aku membuat keputusan yang sememangnya amat sukar untuk aku decide sendiri, memang susah.


***
time tu sampai rumah abah pukul 4 pagi. terima kasih kepada cik (soon to-be-puan) Linda yang sudi hantar depan rumah. tapi dek kerana lupa jalan nak masuk umah abah, maklumlah jarang sekali berpeluang ke rumah abah, aku pun call abah, cakap nak dekat sampai, mohon pentunjuk. sudah dapat satu dua landmark yang abah suggest seperti tunas manja dan sebagainya, jalan tu jadi familiar dan aku berupaya menjumpai rumah abah. sesampai je depan rumah. kereta abah takde. 
yang ada, hanya van niaga yang dipenuhi baju bundle itu saja. disebabkan hujan yang agak lebat. aku hanya menanti didalam kereta smbil mendail kembali no telepon abah. rupa-rupanya the moment aku mintak petunjuk tadi, abah pun gerak pergi tunas manja untuk menjemput ku disana.
*terharu dah kat situ* *bergenang lah jugak di pesisir mata ni*
sesampai je abah kat depan umah dia terus mencapai payung untuk menjemput aku yang masih didalam kereta. ya. mungkin ia perkara yang biasa. namun bagiku, ia telah membuat mata ku bergenang dengan kali kedua.
*terharu lagi*
mungkin. sebab aku jarang balik berjumpanya, mebuatkan perkara-perkara kecil sebegini menjadi teramat istimewa buat ku.

semasuknya aku kedalam rumah, kelihatan adek-adek bergelimpangan, lena dibuai mimpi. tapi dimana ibu? hero yang baru lahir juga tidak kelihatan? ..... rupanya mereka masih dihospital kerana 'muhammad irfan' menghidapi sakit kuning yang agak tinggi bacaannya sehingga di tahan di wad. 

jam menunjukkan pukul 4.30 pagi;

"tadi tido dok dale keto?"
"tido"
"haa, tkyoh tido la lagi, lepas subuh kang tido smula"

lalu, aku pun duduk bersama abah di meja makan. sesambil abah merokok, dia mula mengulit kenangan lama, yang mana bukan sahaja mengundang  genangan air mata, malah curahan air mata membasahi pipi. abah dah masak sangat dengan perangai aku yang memang akan nanges bila dia start cerita kisah2 lama. time dia struggle nak dapatkan aku dulu. dan macam2 lagi. walaupun sesetangah cerita tu dia dah cerita banyak kali, aku tetap menadah telinga mendengarnya, yelah, aku saja lah tempat dia mengadu kisah2 itu. dan dalam masa yang sama, cerita2 itu lah yang aku tagihkan sejak kecil lagi. rancak abah bercerita sehinggalah azan subuh berkumandang. Abah ada jugak cerita yang adek-adek excited tunggu aku balik. 

"siapa nak ikut abah amek kat yuyu?"

*ya. terharu lagi.* aku tak sangka yang mereka excited sepertimana excited nya aku nak jumpa dorang. walaupun hati ini masih dikerumuni rasa awkward. yelah, berapa lama aku tak jumpa dorang. call jarang sekali. kalau call pun aku hanya berborak dengan abah. 

***
ya. aku akui aku lebih rapat dengan adek-adek sebelah mama yang berlainan bin dan binti dengan aku berbanding adek-adek yang ber-bin dan binti kan yang sama. aku lebih berani memarahi adek-adek sebelah mama, meninggi suara dan sebagainya. namun, sebaliknya, seingat aku, tidak pernah aku meninggi suara dengan adek-adek sebelah abah. 
pilih kasih?? 
berat sebelah??
 jauh.. jauh.. jauh sekali malah tidak pernah terselit disudut hati untuk aku membezakan kasih aku pada mereka. jangan. jangan sekali mempersoalkan kasih dan sayang aku pada mereka. 
ya. bukan senang untuk aku hadapi semua ini.
lagi lagi bila berada ditengah seperti ini.
namun ianya tidak pelik. 
ini bukan kali pertama aku berada di tengah.
dulu lagi.
sakit nya berada di tengah ini tuhan saja yang tahu.
tiada tempat mengadu melainkan yang maha Esa.
tersepit.
meronta kasih yang tidak pasti. 
menagih keadilan yang samar.

itu dulu.
ya. mungkin terlambat bagi aku untuk sedar yang sebenarnya aku terlalu mementingkan diri, terlalu memikirkan siksanya aku, tanpa mempedulikan orang lain.
kini, aku sedar, betul-betul sedar.
mereka disekeliling aku juga turut tersiksa. bukan aku seorang.
maafkan aku kerana membutakan mata dengan kesakitan yang konon aku sahaja mangsanya.
jijiknya aku dulu kerana sering menunding jari kepada mereka yang aku anggap penyebab deritaku.
maafkan aku.

Ya Allah, betapa bersyukur aku dilahirkan dengan takdir sebegini. ya, baru sekarang aku sedar bahawa berada ditengah itu sememangnya indah. ya. salah aku kerana mempersoal takdir Allah, dulu. 

***
sabtu sampai rabu. 5 hari jugak aku duduk rumah abah. dapat jugak aku jalankan tanggungjawab aku sebagai kakak sulong yang tidak pernah aku lakukan sebelum ini dirumah abah, sementara ibu dekat wad. sebab sebelum ini. aku tidak berpeluang melakukan semua itu, kerana setiap kali kepulangannya aku ke rumah abah, aku dilayan seperti tetamu oleh ibu. ya. aku paham. ibu tidak mahu menyusahkan aku. yelah. baginya (mungkin),aku bukan anak kandungnya untuk disuruh-suruh. 

ibu dapat keluar wad sehari je, but then kuning adek naik lagi. ibu kena masuk wad lagi. masa ibu dapat tahu kena masuk wad balik. ibu nanges. mungkin dia sudah buntu untuk buat apa lagi supaya kuning adek berkurang. malam rabu, aku dah nak balik rumah mama pulak. abah nak hantar aku malam. jadi sempat lagi aku bantu kerja-kerja yang masih ada. jadi petang tu, aku pun lipat kesemua kain-kain yang telah dibasuh sesambil ibu packing barang nak bawak pergi wad.

sedang aku lipat kain, ibu datang mendekati aku, 

"yu, ibu nak pergi hospital dah ni"

pastu ibu peluk aku. aku tak tahu kenapa aku rasa sebak sangat. aku tak dapat menahan sebak,lalu aku nanges dalam pelukan ibu, dan ibu smbil menangis membisikkan ditelinga ku,

"terima kasih yu, tolong ibu, terima kasih banyak2"

tuhan je tahu sebaknya aku masa itu. aku hanya dapat bantu dia selama 5 hari. 5 hari dan dia berterima kasih sedemikian rupa. 

"ibu, sorry yu dapat bantu sikit je"
"tak, yu dah banyak tolong. doakan baby ya. "

dia cium pipi aku. air mata tak berhenti mengalir. sangat. sangat terharu.
uncle dan mama pula dengan cara mereka.
 tampak tegas. namun sekarang aku nampak kelembutan disebalik tegas mereka
terima kasih ya Rabb. kerana kurniakan aku semua ini.
sesuatu yang aku cari-cari dulu. telah pun dijumpai.
apa yang perlu aku lakukan selama ni adalah buka mata dan fikir positif.
aku silap kerana tidak pernah mencuba sebelum ini.
ampunkan dosaku.

*
*
*

ya. berada di tengah itu sangat indah.

Thursday, 3 October 2013

just maybe

maybe i'm just too exited and too focusing on doing something that i love, up to the time that i didn't realize that it actually annoyed people around me. deep inside, i'm so sorry for being selfish, and not sensitive about what others may feel. 

i should learn on how to control my excitement. i really really superreally don't wanna hurt people's feeling. because i do know the feeling of being hurt by someone overreaction.

I'm truly sorry.

Thursday, 26 September 2013

what a pity!

so yeah, what a pity. As an ENGLISH language student and not able to talk in English fluently, u have to work your a** off my dear!.
it was a totally embarrassing period for me. 

it was so sad u know when u were in a class discussion where u are suppose to give your idea or opinion about some particular topics, but then u were just sitting there like nobody business?! grrr. for god sake Natasha, what are u doing?

that day, i felt like I want to hide myself under a blanket. (tuhan je tahu malunya aku time tuh)  i'm so marvel with my classmates who were able to gave their thought like everything is on the tip of the finger.

yes, ofcs, i wanted so baddd to be that way. i wish one day i will able to talk like them.

' o Allah tussi great ho, bless me (tasha) and send me (tasha) an angel to help me (her) in a way of practicing my speaking skill.' 

(the reason why i put my name in the bracket is that, when someone accidentally read this sad story, they will pray for me too. hehehe)

ya..ya..ya.. i know that 90% of it must come from me. challo bete!! work harder! u can do it Tasha. (banyaknya ckp utk diri sendiri, well everyone needs a self encouragement)

speaking of courage, (sigh).... i really don't have that in me. the moment i want to open my mouth, the teeth stop me! especially when I'm in the class.

tu sebab la when I'm at home, i always practice speaking in English with my 6 yo brother, Hakeem. Can u believe it? His pronunciation and vocab is waaaaaay better than mine.
Jealousy overload!

but on a serious note, i reallllllllly want to workout my speaking skill and also my confident level.

p/s : but being fully prepared on what are we going to discuss also is one of the key to talk confidently.
moral : read the notes before u enter the class! jangan malas! (note to myself! ofcs)


teeeheee ^^
assalamualaikum.

Wednesday, 17 July 2013

Tektik Arianna

Dah cukup seminggu kita berpuasa kan.. hmm how's your ramadan so far? I hope everyone doing just fine.

btw, Who's Arianna?

Arianna a.k.a ana is my lil sis yang belah mama. Minah sorang ni dah pandai berjinak-jinak dalam dunia lakonan. saya dapat lihat yang beliau sangat berbakat. haiih adek..

...

one lovely Monday morning, 

'Anaaaa cepat dah pukul berapa nii..' - mama

Dia buat chill je even mama dah macam incredible hulk dah.

'takpelah, Ana pegi sekolah dengan mama eh, abah pergi dulu dengan kakak ngan abang' - uncle

Mama kan kena masuk pejabat pukul 8, so sempat lah kalau Ana tumpang mama, since Ana budak pra yang mana jadual masuknya pun pukul 8. sekolah sama pulak tu.

Level one. passed! 

Sesambil tunggu mama siap-siap, aku sesaja pergi check beg dia, tengok-tengok kan in case ada homework yang terlepas pandang. ...NAH! ini lah penyebabnya dia buat chilex je time orang tengah rush tadi. memang ada. memang ada. Then, I'll ask her to finish it. Dengan muka tak berapa nak redho. dia buat.

1 minute goes by..

'kakak, sakit perut..... ' - Ana

muka sangat berkerut-kerut bagi menunjukkan kesakitan tahap rare punya.. (sangat menjiwai watak). Mama suruh sapu minyak kat perut dia. Pastu, aku suruh dia sambung balik buat homework. So aku pegi belakang jap settle dishes. Ada jugak aku terdengar mama cakap kat dia yang dia kena pergi sekolah jugak sebab hari jumaat hari tu dia dah ponteng. Tak lama lepas tu, ...

ring..ring..ring...
(telepon rumah)

Uncle call,  uncle cakap kat mama, Ana takpayah pegi sekolah. 

level two. passed!

Kemain dia senyum lebar. rupanya, time orang tak pedulikan dia tadi, dia pergi call abah dia, making excuse taknak pergi sekolah. Dia bagitahu uncle sebab, once uncle buat decision, mama kena ikut je. so takboleh nak buat apa daa.. 

'bye Ana! Nurul , make sure adek awk siapkan homework dia' - mama

level three. passed!

A minute kereta mama hilang dipandangan...
*
*
*tadaaaa... ni lah budak yang sakit perut tadi... 
*
*
bosan main game. dia tengok tv pulak.. sedar sedar...
*
*

*patut mintak selimut pun...

bangun je..

'kakakkkk nak nasikkk, lapar'- Ana
*
*

*aah, budak ni tak puasa. siap menambah lagi nasi.


hmm. syabas bete syabas.. sekian saja cerita Ana ponteng sekolah. 

p/s: jangan biarkan adek anda banyak tengok drama! teehee ^^


assalamualaikum :)

Tuesday, 9 July 2013

Puasa tak?

it's been ages tak update blog, eh cam sama dengan intro entry lepas je. Nvm, back the issue. Puasakah anda? Alhamdulillah, tahun ni Allah kasi opportunity untuk aku fasting on the 1st day of Ramadhan. Yeay! What a day! i'm able to finish the house chores sebelum sun rise lagik! can u imagine?, anak sulung yang pemalas cam aku buat kerja dengan sangat efisyen. Alhamdulillah, harap ia berlangsung dan bertahan selama sebulan ini. eh sebulan je? hekhek.

Siyes babes, ikutlah tips ni :

 1. lepas sahur jangan nak gatal2 tangan pegi tarik selimut terus. I know, selimut pokodot pink gebu itu memang tempting. but hey, at least biarlah perut tu rilex sket.

2. sahur time2 nak imsak. ala dalam pukul 5 camtu. Bcs, sambil korang tunggu nasik jatuh ke perut tu .. ..tup ... tup... dah azan. Dah alang-alang, perform lah subuh dulu.

Then, terus focus on the house chores! kasik perabeh semua benda, after that ikut korang lah nak tembukang ke hape ke .. but, WAIT. jangan overdose pulak, tidurnya. kurang pahala puasa.
Nah, hamek tips ni..
*credit to : Photo Album Incik Google.

Let's practice this. (Maap gambo makan line skit, ye lorr nak kasik nampak beso, supaya jelas dan nyata inputnya) teehee ^^

Semoga  kita semua berjaya ikut. JIA YOU!!


assalamualaikum. :)

Friday, 15 March 2013

Tak reti masak? Senang je...


                  It’s been a while, I didn’t update this blog. Nvm just straight to the point. Recently (not-so-recent actually), my chinggus and I went to MidV just to spend time, hangout with Yana before she went to Korea. After berjimba at some awesome pit stop such as bowling, Daiso and etc., although the leg refuse to walk, we were heading to Jusco. There, we usha sana sini including the groceries section. While we usha the looks-so-yummy nugget pack, I saw ….

*
*
  
*
See…… everything is provided nowadays. What an easy life. Dah dikunyitkan. Dah marinated pun. Tinggal beli and balik goreng jeh.  So, those girls who have trouble in cooking like me, let go and visit Jusco at any time. So that, everyone does not have to hear our grumbling ‘tak-pandailah’ all the time. Hahaha But still, come on. As a girl who are going to be a wife, we should know how to cook and good at it. So girls, lets learn!. Hehehe.

p/s: nak g jusco jgn lupa ajak . HAHA


*cikgu cicah is teaching the innocent kids how to hold that rounded-thinggy
*
 
*
*kindly ignore my result,please, -,-"


assalamualaikum :)









Wednesday, 30 January 2013

selamber arang!

I was helping a friend of my mom that day... tolong dia buat sudut PPDa kat tangga sekolah tu... she is the counsellor.. so I was lepak-ing while doing some gunting-gunting and tampal-tampal at biik kaunseling which quite big... on that day, she was asked to ganti kelas one of her friend yang absent.  She asked the student to read a short text. tungtangtungtang..*kringgggg~ class dismissed. but, before she ends it;

'okay, class cikgu nak semua orang hafal teks ni. Sape yang boleh hafal dan baca dengan lancar cikgu kasi rm5 sorang. boleh semua?'

'boleeeh.'

'haa, kamu minah (bukan nama sebenar) boleh? kamu kena lah hafal, baca dengan lancar, baru lah orang cakap..waa rajen lah minah ni, cantek plak tu... nanti semua orang minat kat minah' (sambil kenen kan dengan classmate si minah, si ali)'

'hmmph, muka macam arang...'

 'cikgu, muka dia macam arang cikgu!'

I was like...


and minah was like...

*you talk to me?...

oh mann.. adakah akan berlaku nya perang mulut? or perang guling-guling hidustan barangkali.. but then I respect her because she's handled it well. perhaps, dia dah terbiasa dengan tohmahan tersebut...

see, kids is so innocent. diaorang tak makan saman dah. main selamberrr arang je sound. seronok jugak duduk kat sekolah, tengok perangai kids.

they're ADORABLE! 

assalamualaikum :)